program hati ke hati.
pernah dengar program ni? oh ya. macam pernah. program ni selalu ade kat sekolah-sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik, sekolah bukan teknik, sekolah sains, sekolah mrsm, sekolah agama, sekolah tamil, sekolah cina, sekolah antarabangsa, sekolah swasta, dan oh. seluruh sekolah di malaysia.
program ini untuk apa? program ini untuk kite meluahkan apa yang terbuku di hati. sbb tu name die program hati ke hati. hahahaha. tidak tepat jawapan itu. program ni lebih kepada dari hati cikgu ke hati ibu bapa. “mungkin”? pendek cerita, program hati ke hati ni. ialah hari ambil report kad. betul kah? aku pun tak pasti.
setiap kali tiba hari program hati ke hati ni. mase zaman aku sekolah dari tahun 1993 – 2003. perasaan dup dap, cuak, tensi, cemas, gemuruh, dan berbagai2 perasan rasa nak terberak yang lain mesti muncul. mengapa? kerana…. aku ni bukan la pandai sangat mase skolah. hahah.
aku benci program hati ke hati. dan aku masih musykil. mengapa nama program ini program hati ke hati ??? adakah ianya betul dari hati ke hati? atau dari mulut ke mulut? atau dari mate ke report kad? haha. pilihan yang terakhir lebih tepat aku rasa.
jadi fikirkan lah nama yang lebih tepat untuk program seperti ini.
salam~