bagai pelanduk dua serupa.
haha. kenapa orang kata bagai pelanduk dua serupa? aku pun tak tahu lah. mungkin kerana ini :-
nampak serupa antara dua pelanduk ini?
begini lah cerita nya.
“Semah, tolong siang bende yang dlm besen tu. Abg Jo kau bawak balik dari hutan.”, jeritan mak mon mengejutkan Semah yang sedang enak memamah sarapan pagi. Dilihat jam di dinding,”oh. dah pukul 9. nak masak tuk tengahari”, semah berkata sendirian. pinggan sarapan tadi belum pun licin, Semah beralih juga dari meja makan menuruti perintah ibunya.
“Mane bende yang nak disiang tadi mak?”, Semah menjadi pelik kerana tidak kelihatan apa-apa binatang untuk disiang pun. “Tu ha, dlm besen.”, perintah ibunya lagi.
“APE NI MAKKKKKKK????? Semah geli lah !!”, terkejut Semah hampir pengsan apabila dilihat ada dua makhluk sedang terdampar didalam besen itu. “Ya ALLAH kau ni Semah. aku ingat ape la. tu pelanduk lah ! Nah, siang”, ibunya menghulurkan sebilah pisau kepada Semah. “ape ni? tandenye, aku kene siang ke bende ni? ISH !”, gerutu Semah didalam hati.
“mak… Semah geli lah mak. macam…err..kulit die macam..err..Semah geli la mak.”, pujuk Semah supaya ibunya siang sahaja pelanduk itu.”Mak siang, nanti Semah masak ye. Semah kemas dapur semua, semua Semah buat. ye mak?”. Harap-harap, mak aku nak la siang pelanduk ni. eeii. geli lah aku. “ish. mengada lah kau. meh sini pisau tu.”, akhirnya, Mak Mon terpaksa akur. Dia faham benar perangai anak bongsunya itu. Biarpun Semah geli untuk menyiang pelanduk itu, tak bermakna lah anaknya itu tidak boleh diharap.
“Pelanduk ni,separuh Semah masak Lemak Cili api, separuh lagi masak merah. boleh?”, Pertanyaan Mak Mon itu hanya dituruti oleh senyuman anaknya tanda setuju.
“Mak. dah siap. dah boleh makan. PAKKK !! MAKAN !!!”, Peluh keringat membasahi Semah. aduh. geli aku nak makan. macam mane nak makan ni? aku tak nak makan. Malangnya, Semah terpaksa juga makan. ha ha ha.
ini lah pelanduk masak lemak. Semah yang buat.
ini pula ialah pelanduk masak merah. Semah juga yang buat.
Sekarang, Semah masih tidak dapat lupakan bentuk Pelanduk di dalam besen tadi. walaupun pelanduk itu tidak berenang-berenang. tetapi, rupa kulit pelanduk itu, boleh membuatkan tekaknya loya selama sebulan.
“Mak, pelanduk boleh buat alergik gatal-gatal ke? Semah gatal-gatal ni. he he he”, Semah saja bergurau dengan ibunya. “AH. Mengada lah kau.”
“Mak, Pelanduk ni, orang asma boleh makan ke mak? Semah dah batuk-batuk asma ni.”. Semah teruskan gurauannya. “Eh eh kau ni. mak rase pelanduk tu boleh buat perut kau jadi belon”. Gurau Mak Mon pula. akhirnya, ketawa mereka sahaja kedengaran di dapur.
~tamat~


