jem nenas? jem stroberi? pilih lah.

Laporan berita:
Kuala Lumpur – Federal hiway dikhabarkan akan menemui satu fenomena luar biasa. Iaitu KESESAKAN LALU LINTAS TAHAP DINASOR. KESESAKAN ini dikatakan akan terjadi dalam tempoh sebulan setiap tahun. Sila elakkan dari mengguna jalan ini sama ada mahu ke pejabat atau berendek. bernama.
HOH ! ini lah jem yang selalu aku tempuhi sepanjang bulan puase (bukan bulan puase pun cam ni juga). ini lah dugaan apabila bekerja di tengah(tak tengah sangat) bandar PJ. ARGH !!! ketika di dalam jem ini, rasa mmahu turun dari kereta dan berjalan pulang sahaja. namun. aku tidak mahu kurus. terpaksa juga teruskan perjalanan dengan kereta atos super lembab itu. jam menunjukkan pukul 645. kenderaan masih tidak bergerak. WALAUPUN MENGGUNAKAN KHIDMAT POLIS TRAPIK !! menuruti jem ini, aku tertidur didalam kereta sehingga di hon beberapa kali olih pemandu di belakang. “EH! nak hon pula. macam lah kau bolih bawe laju2 dlm jem ini !!”. hahahaha.

Abg polis. i adore u abg polis. gaya mu, seluar sendat mu, wisel di dada mu, perut boroi mu, lambaian tangan mu kepada ku suruh jalan. senyuman tegang mu. membuat ku cair sebentar. NAMUN, kehebatan mu membuatkan jem terjadi dengan lebih teruk amat mengagumkan aku sekeluarga. sehingga kami berfikir, dimana ada jem, disitu ade seorang berseluar belang kuning. bersepatu paras betis. wow. sungguh mengghairahkan aku. nyum ! ehe.
apa boleh buat. bulan ramadhan yang mencabar.